Sunday, June 13, 2021

Bantuan kepada rakyat perlu ditingkatkan

Mesti baca

KUCHING: Bantuan prihatin kepada rakyat perlu  ditingkatkan dan dilaksanakan serta-merta ketika rakyat berdepan ancaman Covid-19.

Menurut Presiden Umno Datuk Seri dr Ahmad Zahid Hamidi, bantuan-bantuan ini tidak hanya memfokuskan kepada B40 semata-mata tetapi juga kepada golongan M40 serta pengusaha-pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“Kerajaan PN harus pertimbangkan untuk meneruskan i-lestari dan I-Sinar sementara bantuan one-off diberikan kepada sektor yang terjejas teruk ketika ini seperti pelancongan dan IKS. Bantuan pinjaman kewangan juga harus disediakan oleh kerajaan kepada rakyat,’ katanya dalam satu kenyataan.

Untuk itu, ujar beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk, program bakul makanan RM100 melalui skim bantuan PERMAI 2021 diperhebatkan.

“Bakul makanan ditambah dan melonggarkan syarat penerimaannya serta dicadangkan untuk turut memfokuskan isi keluarga M40. Ekonomi yang lembap dan kegagalan pengurusan krisis pandemik ini turut menjejaskan golongan M40 maka adalah wajar untuk pertimbangkan keluarga M40 untuk turut menjadi penerima program bakul makanan ini,” katanya.

Katanya lagi, Program imunisasi negara harus diperhebatkan.

“Walaupun negara pada fasa pertamanya berjaya mencapai sasaran imunisasi dengan 895,204 penerima satu dos suntikan vaksin namun Malaysia dilihat jauh kebelakang dalam mencapai sasarannya melibatkan fasa kedua dan ketiga yang melibatkan hampir 23 juta rakyat Malaysia,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru