Friday, August 19, 2022

Patung Halloween disangka mayat manusia

Secara Rawak

UK: Seorang wanita menerima kejutan selepas patung Halloween yang diletaknya di tepi pintu menyebabkan rumahnya diserbu polis.

Menurut Cara Louise, 28, dia pulang ke rumah selepas menyertai majlis larian anaknya dan melihat rumahnya di penuhi anggota polis.

Mereka memberitahunya dia disyaki melakukan pembunuhan.

Cara memberitahu Triangle News ia berpunca daripada patung Halloween yang diletaknya di tepi pintu dapur rumahnya.

Patung itu dibalutnya menggunakan beg plastik sampah dan ia digunakan untuk majlis halloween anaknya.

Patung itu juga dihias anaknya yang berusia 5 tahun mengikut tema kegemarannya dan ia diletakkan di taman mereka sejak November tahun lalu.

Ketika dia mengemas tamannya, Cara meletakkan patung tersebut di belakang tong sampahnya dan dia terlupa menyimpannya ke tempat asal.

Tiga jirannya yang melihat patung tersebut menghubungi polis menyebabkan 10 pegawai polis berkejar ke kediamannya.

Kisah Cara menjadi tular di media sosial dan menimbulkan kelucuan dalam kalangan netizen.

Pesanan Cara kepada mereka yang menyimpan patung Halloween ialah simpanlah semuanya di tempat yang “selamat.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru