Sunday, September 25, 2022

Misteri 140 warga kampung dilanda penyakit tidur

Secara Rawak

NUR SULTAN: Dalam kejadian pelik, penduduk di dua kampung terpencil dilanda masalah tidur berhari-hari.

Apabila terbangun mereka hilang ingatan, tidak keruan, lemah dan pening kepala.

Menurut laporan, penyakit misteri itu menimpa lebih 140 orang di Kalachi dan Krasnogorsk sejak Mac 2013.

Sebilangan penduduk kampung menghidap penyakit itu lebih sedozen kali dan tidur sehingga enam hari pada satu-satu masa.

Penyakit pelik itu menyerang semua orang tidak kira tua atau muda.

Mereka yang dilanda penyakit ini nampak segar boleh berjalan. Namun begitu, dia kemudiannya akan tidur nyenyak dan berdengkur.

Apabila dibangunkan… mereka tidak ingat apa-apa, lapor akhbar Komsomolskaya Pravda selepas siasatan terhadap kes ini dilakukan pada 2014.

Haiwan peliharaan juga tidak terkecuali daripada penyakit ini.

Yelena Zhavoronkova, penduduk Kalachi, mengatakan kucingnya Marquis tiba-tiba menjadi “hilang akal” sambil mengeluarkan bunyi, asyik menyerang dinding, perabot serta anjing peliharaan mereka.

Selepas itu ia tidur dan berdengkur seperti manusia sehingga tengah hari esoknya.

Apabila bangun tidur ia tidak memberi sebarang reaksi kepada sekeliling termasuk makanannya,” kata Zhavoronkova seperti dilapor oleh Ary News.

Kes ini mendapat perhatian kerajaan dan ratusan penduduk kampung tersebut dipindahkan ke kawasan lain.

Selepas dikaji akhirnya penyakit misteri itu terbongkar, setelah menganalisa hasil rekod perubatan semua penduduk, sekumpulan pakar perubatan menyimpulkan bahawa ia disebabkan oleh peningkatan kadar karbon monoksida dan hidrokarbon di udara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Berdibek Saparbaev, “lombong uranium di kawasan itu ditutup dan kadang-kadang konsentrasi karbon monoksida muncul di sana menyebabkan oksigen di udara berkurangan dan itulah punca sebenar penyakit tidur berlaku di perkampungan ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru