Friday, July 30, 2021

Maaf, tiada sabung ayam Gawai Dayak tahun ini

Mesti baca

KUCHING: Ketua Menteri menggesa ketua masyarakat dan kaum Dayak di negeri ini supaya akur kepada peraturan operasi standard (SOP) yang ketat menjelang perayaan Gawai Dayak yang disambut pada 1 Jun ini.

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,  mereka perlu mendisiplinkan diri bagi membantu untuk memastikan virus maut Covid-19 tidak terus tersebar di negeri ini.

“Langkah SOP supaya tidak menular ketika meraikan Hari Gawai Dayak. Biarlah kita berdisiplin pada Gawai Dayak ini,” katanya di Bintulu, semalam.

Sebagai langkah berjaga-jaga dan memastikan virus itu dapat dikekang, Kerajaan Sarawak tidak akan membenarkan Gawai Dayak diraikan seperti dalam keadaan biasa seperti sebelum ini.

Beliau juga menjelaskan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Residen di seluruh Sarawak diarahkan untuk tidak mengeluarkan permit sabung ayam menjelang Gawai Dayak tahun ini.

Untuk itu, beliau memohon maaf kepada masyarakat Dayak, dan berharap mereka memahami keadaan semasa.

Beliau turut memuji Jawatankausa Pengurusan bencana Bahagian Bintulu dalam melaksanakan pelbagai langkah untuk menangani penularan Covid-19 di bahagian ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru