Wednesday, September 22, 2021

Lidah bayinya “berlubang”

Mesti baca

ESSEX: Seorang ibu bergegas membawa bayinya ke hospital selepas mendapati lidahnya “berlubang”.

Insiden yang berlaku di Essex, England ini berakhir dengan si ibu terpaksa menahan malu selepas mendapati yang disangkanya lubang itu hanyalah pelekat.

Menurut Independent, Becky Stiles, memberitahu dia melihat “lubang” itu di mulut anaknya Harvey, 10 bulan ketika menukar lampinnya.

“Saya cuba memegang benda tersebut, tapi Harvey meraung dan menangis,” katanya.

Ekoran itu dia meminta suaminya memeriksanya, manakala dia dalam keadaan ketakutan dan berjujuran air mata mengenang masalah anaknya.

Becky kemudiannya menghubungi ibunya yang memintanya menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Manakala ayahnya pula meminta dia membawa Harvey ke hospital dengan kenderaan sendiri.

Setiba di hospital, jururawat membawanya berjumpa doktor pakar.

Seorang jururawat memeriksa Harvey, selepas 30 saat dia memberitahu: “Becky, itu hanyalah pelekat”.

Becky masih tidak percaya dan memberitahu lidah Harvey berlubang.

Jururawat itu kemudian memasukkan jarinya ke mulut Harvey dan mengeluarkan pelekat tersebut.

Di sebalik kelegaannya dengan situasi itu, Becky berasa amat malu dengan dirinya yang begitu cepat panik.

Secara Rawak

Artikel Terbaru