Sunday, June 13, 2021

Kerajaan PN digesa laksanakan moratorium automatik

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi  menggesa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dsupaya melaksanakan moratorium automatik hingga ke hujung tahun 2021.

berkata ini kerana masih ramai yang belum dapat pekerjaan baharu setelah menganggur kerana Covid-19 sementara mereka yang berniaga masih belum dapat berniaga sepenuhnya.

“Ada yang baru menghidupkan semula perniagaan tetapi mengalami kerugian kerana pelaksanaan PKP 3.0 di saat terakhir,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya.

“Justeru amat wajar moratorium automatik diberi hingga ke hujung tahun apatah lagi bank bank masih untung besar di waktu PKP ini,” katanya lagi.

Dalam hal ini beliau turut memetik berkaitan kenyataan Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Nor Shamsiah Yunus yang tidak setuju moratorium automatik dilaksanakan.

“Tetapi hujah Nor Shamsiah bahawa sektor ekonomi masih beroperasi walaupun PKP 3.0 dilaksana di seluruh negara tidak kukuh,’ ujarnya.

“Kerajaan boleh sahaja putuskan golongan mana yang layak ditawarkan moratorium automatik. Syarikat besar dan jutawan bolehlah dikecualikan.

“Jika tidak ada moratorium automatik, rakyat yang terjejas teruk akan berhadapan kerenah birokrasi bila berurusan sendiri dengan pihak bank.”

Malangnya, menurut  beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, sejak Parlimen digantung rakyat yang terjejas ketiadaan saluran supaya nasib mereka terbela.

“Mereka kini hanya ada media sosial. Kalau bakar suar dan naikkan kain rentang ‘kerajaan gagal’ mereka mungkin ditangkap,” katanya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru