Sunday, June 13, 2021

Kekang Covid-19: Kerajaan Sarawak belanjakan RM151 juta 

Mesti baca

KUCHING: Kerajaan Sarawak membelanjakan RM151 juta  setakat bulan Mei tahun ini untuk menangani ancaman Covid-19, kata Ketua Menteri.

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,  jumlah itu tidak termasuk pelbagai bentuk bantuan yang dihulurkan kepada rakyat negeri ini di bawah  Bantuan Khas Sarawakku Sayang  (BKSS).

Pada tahun lepas, jelas beliau, kerajaan membelanjakan RM91 juta untuk tujuan tersebut.

“Namun jumlah itu meningkat tahun ini kerana beberapa langkah yang kita laksanakan untuk mengekang jangkitan,” jelas beliau pada sidang media taklimat khas situasi pandemik Covid-q19 di Bintulu pada Rabu.

Abang Johari menjelaskan Kerajaan Persekutuan turut membenarkan Sarawak menggunakan hospital swasta di negeri ini sebagai pusat pemberian vaksin.

“Namun hanya hospital swasta yang diwartakan menawarkan suntikan vaksin,” katanya lagi.

Ketua Menteri berkata, Kerajaan Sarawak akan membeli sebanyak 500,000 dos vaksin jenis Sinovac bagi fasa pertama untuk negeri ini.

Jelasnya lagi, pembelian vaksin itu selari dengan langkah mempercepat program vaksinasi dan mengekang penularan pandemik Covid-19.

Secara Rawak

Artikel Terbaru