Sunday, June 13, 2021

Ini rahsia jika anda mahu membina kehidupan yang selesa

Mesti baca

KUCHING: Dengan perancangan kewangan yang baik, anda dapat membina kehidupan yang selesa pada masa depan, kata Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia, Kuching, Mohd Imran Mohd Din.

“Merancang kewangan dan melabur merupakan perkara yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seseorang bagi memastikan  kehidupan dibina dengan sejahtera,” katanya.

Menurut beliau, melalui perancangan kewangan, seseorang dapat mengenal pasti cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam satu tempoh masa tertentu.

“Selain itu, ia juga merupakan kompas yang membantu kita mencapai sesuatu matlamat pada masa hadapan,” katanya.

“Justeru, menetapkan matlamat kewangan sangat penting dalam membuat perancangan kewangan diri dan keluarga,” katanya lagi.

Ini kerana, jelas Mohd Imran, matlamat kewangan yang jelas merupakan dorongan dan galakan untuk sesiapa yang mahu berjaya merealisasikan matlamat hidup anda dan keluarga.

Untuk itu, seseorang, jelasnya lagi, perlu menetapkan matlamat yang jelas dengan kayu ukur yang praktikal, memahami kemampuan diri, dan menabung untuk pelaburan termasuk untuk membeli rumah, pendidikan atau pelaburan seperti ASB.

Secara Rawak

Artikel Terbaru