Thursday, December 9, 2021

PBSM Cawangan Miri sumbangan 1,800 botol pembersih tangan 

Secara Rawak

MIRI: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Miri telah menyerahkan sumbangan pembersih tangan kepada beberapa agensi kerajaan Miri di perkarangan PBSM Cawangan Miri pada Selasa. 

Penyerahan pembersih tangan disampaikan Naib Pengerusi Pertama PBSM Miri yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin kepada wakil setiap agensi kerajaan terlibat.

Sebanyak 1,800 botol pembersih tangan diagihkan kepada agensi kerajaan seperti Balai Bomba Miri, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Daerah Bekenu, Pejabat Daerah Miri, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, Pejabat Pendidikan Daerah Miri, JIM Miri, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Miri, Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri, Majlis Bandaraya Miri (MBM), Hospital Miri, Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Miri, Jabatan Penjara Malaysia Miri dan Pejabat Residen Bahagian Miri. 

Hadir sama Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Naib Pengerusi PBSM Miri Liza Chai dan Pengurus Pentadbiran PBSM Cawangan Miri Lui Yee Lan. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru