Tuesday, June 22, 2021

Najib: Ekonomi u-turn ke positif mulai Mac  lalu. Ini puncanya

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Datuk Seri  Najib  Razak percaya faktor utama ekonomi tiba-tiba ‘U-turn’ dari negatif pada bulan Januari dan Februari untuk menjadi positif pada bulan Mac ialah i-Sinar hanya mula dibayar bulan itu.

Menurut Anggota Parlimen Pakan itu, semasa beliau dan Umno mendesak pengeluaran i-Sinar dari dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad suruh Perdana Menteri sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan ikut nasihat ‘banduan’.

“Ada juga kawan-kawan yang kata desakan saya itu adalah tidak bertanggungjawab dan disifatkan sebagai syarat Puteri Gunung Ledang” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

“Banyak artikel turut terkeluar dalam media kerajaan untuk kecam saya berhubung isu KWSP.

“’Last-last’ laporan rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia kata pengeluaran i-Sinar telah selamatkan ekonomi Malaysia dari menjadi lagi teruk pada tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 2.0 suku 1 tahun 2021,” katanya lagi.

Najib berkata demikian merujuk laporan ekonomi bagi suku 1 tahun 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia yang mengatakan ekonomi susut teruk pada bulan Januari dan Februari tapi tiba-tiba melonjak naik ke positif 6.0% pada bulan Mac.

“Walaupun KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) masih negatif 0.5% untuk suku 1, Jabatan Perangkaan kata ekonomi tidak menjadi lebih teruk sebab pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar, PKP yang longgar dan harga sawit dan getah lebih tinggi,’ ujarnya.

“Namun, i-Lestari sudah lama dibayar setiap bulan, harga komoditi tetap tinggi bagi tempoh 3 bulan itu dan PKP 2.0 tetap longgar sepanjang tempoh itu,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru