KAHERAH: Sekumpulan pakar di Mesir berjaya mengeluarkan sekitar 30 objek besi termasuk besi berani dan skrew dari perut kanak-kanak baru-baru ini.
Kanak-kanak berusia 15 bulan itu dibawa ke Hospital Universiti Zagazig di utara Kaherah oleh ibunya kerana mengalami sakit perut kronik dan muntah.
Dia mengalami muntah dan sakit perut yang teruk.
Doktor melakukan imbasan yang menunjukkan terdapat objek aneh di dalam perut kanak-kanak tersebut, menyebabkan doktor melakukan pembedahan kecemasan mengeluarkannya, lapor Gulf News.
Mereka berjaya mengeluarkan 30 objek besi yang merupakan punca sakit perut dan muntah yang dialaminya selama ini.
Ibunya memberitahu anaknya sering bermain di jalan berhampiran bengkel dan kemungkinan dia memakan objek tersebut.