Thursday, December 9, 2021

Hospital Miri nafikan dakwaan kurang tepat sebuah akhbar 

Secara Rawak

MIRI: Sehingga 18 Mei 2021, Hospital Miri telah mengadakan sebanyak 126,148 sampel ujian calitan (swab test) yang telah disaring sejak April 2020.

Hospital Miri dalam kenyataan media pada Selasa menjelaskan pihaknya mempunyai tiga unit mesin rRT-PCR yang boleh memproses kapasiti 800 hingga 1,000 sampel dalam masa 24 jam sejak bulan April 2020. 

Dalam masa sama, kebanyakan pusat perubatan swasta di Miri juga menawarkan perkhidmatan rRT-PCR kepada orang awam.

Penjelasan ini bertujuan membetulkan salah faham dan maklumat yang kurang tepat bagi mengelakkan kekeliruan orang awam terhadap kredibiliti perkhidmatan yang ditawarkan Hospital Miri.

Terdahulu, satu dakwaan kurang tepat yang tular di media sosial dan disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai ketiadaan kemudahan saringan Real-Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) di Hospital Miri. 

Mengenai dakwaan tersebut, penulis itu telah mengambil ujian calitan (swab test) di salah sebuah hospital swasta sekitar Miri baru-baru ini yang mana prosedur dan proses kerjanya adalah di luar bidang kuasa Hospital Miri.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru