Tuesday, June 22, 2021

Biden minta Israel, Palestin segera adakan gencatan senjata

Mesti baca

WASHINGTON: Presiden AS Joe Biden, meminta Israel dan pejuang Hamas di Gaza segera melakukan gencatan senjata.

Biden dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberitahu hal tersebut.

Meskipun begitu, Biden tetap berkeras menyokong tindakan sekutunya itu menurut Associated Press.

Di Kongres AS, puluhan anggota Parti Demokrat, satu daripada Parti Republik dan senator bebas Bernie Sanders di Kongres meminta kekerasan di Timur Tengah segera dihentikan.

Pemimpin majoriti Senat, Chuck Schumer turut mendesak diadakan segera gencatan senjata kedua-dua pihak.

Anggota Dewan Parti Demokrat yang juga Ketua Badan Risikan, Adam Schiff, mendesak AS lebih aktif mencari jalan keluar menangani konflik Israel-Palestin.

Anggota fraksi Demokrat dari Missouri, Cori Bush lantang menentang wang rakyat digunakan mendanai militer, pendudukan, dan sistem penindasan Israel.

Secara Rawak

Artikel Terbaru