Tuesday, June 22, 2021

Kes tinggi di Miri, Bintulu, Sibu, Kapit, Kuching

Mesti baca

KUCHING: Sarawak mencatatkan 512 positif baharu dan lima kes kematian akibat Covid-19 hari ini dan sekali gus menjadikan kes positif meningkat kepada 39,328 serta 230 kes kematian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sejumlah 353 atau 68.95 peratus daripada jumlah kes positif baharu itu dikesan di daerah Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan Kuching.

“Daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Miri (96), Bintulu (91), Sibu (69), Kapit (51), Kuching (46), Betong (35), Bukit Mabong (20), Sri Aman (18), Selangau (18), Samarahan (10), Pusa (9), Sarikei (8), Subis (6), Belaga (6), Tanjung Manis (4), Beluru (3), Song (3), Tatau (3), Kanowit (3), Lawas (2), Serian (2), Pakan (2), dan satu kes masing-masing di Daro, Meradong, Asajaya, Saratok, Tebedu, Mukah dan Sebauh.

“Bagi daerah Miri, sebanyak tujuh kes melibatkan saringan pekerja sektor oil & gas sebelum sign on pada 18 Mei lalu dan kesemua kes tersebut tidak bergejala serta dikesan semasa sedang menjalani kuarantin di Offshore Transit Centre (OTC) sebelum dibenarkan lapor diri di pelantar.

“Kes masih dalam siasatan dan semua kontak rapat akan dikenal pasti untuk menjalani saringan serta kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

JPBN menambah, daripada 512 kes baharu yang dilaporkan, seramai 49 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru