Sunday, June 13, 2021

Ini dia lelaki yang pukul pencuri di Kuching

Mesti baca

KUCHING: Lelaki yang memukul pencuri di hadapan pasar raya di kawasan Bintawa di sini telah ditangkap, pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superitendan Merbin Lisa berkata suspek yang berusia 23 tahun ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching pada jam 11 malam di  hadapan sebuah hotel bajet di King Centre.

“Pihak polis juga berjaya membuat rampasan iaitu getah paip yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan.Beliau berkata hasil semakan rekod jenayah lampau, suspek mempunyai satu rekod kes dadah di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Merbin berkata suspek akan direman di bawah peruntukkan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari sehingga 21 Mei ini.

Katanya kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan pendakwaan di mahkamah.

Secara Rawak

Artikel Terbaru