Monday, June 27, 2022

Pintu kecemasan pesawat tercabut sebelum berlepas

Secara Rawak

MINNEAPOLIS: Pintu kecemasan pesawat terlepas tiba-tiba ketika pesawat tersebut hendak naik ke udara mengejutkan semua penumpang dan krew kapal di dalam pesawat tersebut.

Insiden itu berlaku di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis-Saint Paul, AS, ketika pesawat hendak berlepas dari Minneapolis.

Menurut laporan, kedua-dua juruterbang pesawat itu dipecat selepas kejadian itu.

WLUC-TV melaporkan kedua-dua juruterbang tersebut gagal melengkapkan senarai semakan sebelum memulakan perjalanan.

Salah seorang penumpang, Tom Yon, memberitahu beg galasnya disedut keluar dari pintu tersebut, namun ia ditemui semula sejam selepas kejadian.

Tom Yon menganggarkan ketika kejadian pesawat itu bergerak pada kelajuan lebih 100 kilometer sejam.

Menurut jawatankuasa lapangan terbang, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan pintu kecemasan itu ditemui di landasan kapal terbang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru