Tuesday, June 22, 2021

China sedia jadi orang tengah dialog Israel-Palestin

Mesti baca

PBB: Selain membantah tindakan AS menyekat kenyataan Dewan Keselamatan PBB tentang perbalahan Israel-Palestin di Timur Tengah, China menawarkan diri menjadi tuan rumah bagi pertemuan wakil Israel dengan Palestin.

China saat ini menjawat jawatan ketua bergilir Dewan Keselamatan PBB.

Menteri Luar China Wang Yi pada Ahad berkata: ”Kerana halangan satu negara, Dewan Keselamatan belum dapat bersuara melalui satu suara,” kata Wang dikutip AFP.

Wang mendesak segera dilakukan gencatan senjata dan menyeru Dewan Keselamatan mengambil tindakan tegas, termasuk mengulangi sokongan solusi dua negara.

Dewan Keselamatan PBB mengadakan dua pertemuan tertutup membahas peningkatan ketegangan Israel-Palestin minggu lepas.

Secara Rawak

Artikel Terbaru