Sunday, June 13, 2021

Dua pencuri di pasar raya di Lutong berjaya ditahan

Mesti baca

MIRI: Pihak polis berjaya menahan dua orang rakan sejenayah yang disyaki mencuri di sebuah pasar raya di Lutong pada Khamis lalu.

Suspek yang merupakan seorang wanita berusia 25 tahun dan seorang lelaki berusia 20 tahun berjaya diberkas oleh pengawal keselamatan pasar raya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sebelum penangkapan, kedua-dua suspek cuba meloloskan diri dengan beberapa barang curi seperti daging kambing, minyak wangi, beberapa helai pakaian tanpa membuat pembayaran.

Kedua-dua suspek berjaya ditahan sekitar jam 2 petang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supritendan Sabri Zainol berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Secara Rawak

Artikel Terbaru