Tuesday, June 22, 2021

4 daerah di Sarawak kini hijau

Mesti baca

KUCHING: Daerah berstatus hijau meningkat kepada empat apabila Simunjan mengikuti tiga daerah lain bertukar daripada status kuning.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ia setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Sementara itu, JPBN mendedahkan daerah Tatau kembali kepada status jingga daripada merah selepas merekodkan 32 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus jingga telah meningkat kepada dua daerah dan daerah berstatus merah telah menurun kepada 26 daerah.

“Selain itu, jumlah daerah berstatus kuning menurun kepada lapan daerah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru