Sunday, June 13, 2021

Remaja 13 tahun rogol remaja perempuan di Miri

Mesti baca

MIRI: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Tudan Desaras Fasa 6 telah ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan pada Jumaat lalu.

Tangkapan itu dibuat berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa pada hari yang sama.

Pada awalnya, bapa mangsa telah mengesyaki dua anak perempuannya berusia 13 an 16 tahun menjadi mangsa rogol.

Siasatan lanjut mendapati hanya seorang anak perempuannya mempunyai tanda penembusan pada bahagian peribadinya.

Suspek telah ditahan pada jam 1.40 tengah hari oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Miri, Supt Sabri Zainol mengesahkan tangkapan telah dibuat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 375(g) kanun keseksaan kerana seks bawah umur

Secara Rawak

Artikel Terbaru