Sunday, June 13, 2021

Polis tahan dua lelaki miliki dadah

Mesti baca

KUCHING: Dua lelaki berusia 28 dan 21 tahun ditahan polis kerana memiliki dadah jenis syabu ketika diperiksa di sekatan jalan raya (SJKR) Kampung Suba Buan, Jalan Bau-Serikin.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata kedua-dua suspek berasal dari Kampung Tembawang Sauh itu ditahan semalam, sekitar jam 1.20 tengah hari ketika menaiki motosikal.

Kata Poge, semasa pemeriksaan dijalankan ke atas kedua-dua suspek, salah seorang suspek berusia 28 tahun terlihat membawa satu beg kecil yang lusuh dipegang oleh suspek berkenaan.

“Apabila diperiksa terdapat satu peket plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan Kristal putih disyaki dadah berbahaya jenis syabu.

“Dadah berkenaan dirampas dan kedua-dua suspek dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk saringan awal air kencing,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Poge, hasil ujian mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Tambahnya, suspek berusia 28 tahun disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala, katanya, suspek berusia 21 tahun turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Secara Rawak

Artikel Terbaru