Friday, October 22, 2021

PKPB dilanjutkan hingga 7 Jun

Mesti baca

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan mulai 18 Mei, jam 12.01 pagi sehingga 7 Jun 2021, jam 11.59 malam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat setelah melihat dan menilai situasi kes positif di Sarawak masih tinggi.

Kata JPBN, maklumat tambahan lengkap berhubung prosedur operasi standar (SOP) ini akan dipaparkan di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara, Daerah Asajaya hari ini telah kembali status kepada hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lalu.

“Jumlah Daerah hijau telah meningkat kepada tiga Daerah.

“Manakala 27 Daerah kekal berstatus merah sementara sembilan Daerah berstatus kuning dan satu Daerah kekal berstatus jingga,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru