Thursday, September 23, 2021

Lelaki simpan dadah di dalam poket kantoi

Mesti baca

KUCHING: Seorang lelaki ditahan polis pagi tadi kerana memiliki dadah yang di simpan di dalam poket baju dipakainya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa berkata suspek berusia 37 tahun ditahan jam 3.15 pagi ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Kata Merbin, suspek ditahan oleh anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Kuching ketika menjalankan rondaan cegah jenayah di Jalan Astana, Petra Jaya.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menjumpai tujuh paket plastik lutsinar mengandungi dadah seberar 5.23 gram di dalam poket baju yang dipakai suspek.

“Saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah Methamphetamine dan suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Merbin, hasil siasatan awal juga mendapati suspek memperoleh dadah secara ‘bank-in’ dari seorang pengedar di sekitar Kuching.

“Tindakan selanjutnya sedang dilakukan untuk mengesan pengedar tersebut. Suspek mula terlibat dengan pengedaran dadah sejak awal tahun 2020,” jelasnya.

Kata Merbin, suspek kini ditahan untuk siasatan dan direman selama empat hari 16 Mei sehingga 19 Mei ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Secara Rawak

Artikel Terbaru