Wednesday, September 22, 2021

Kesan perompak dengan cetak wajahnya pada biskut

Mesti baca

WISCONSIN: Sebuah kedai roti di Milwaukee, Wisconsin, mempunyai cara tersendiri meminta pertolongan orang ramai dalam mengenal pasti lelaki yang disyaki merompak premis perniagaan mereka.

Pemilik Canfora Bakery, Eric dan Karen Krieg menggunakan foto suspek yang disyaki merompak kedai dan meletakkannya pada biskut keluaran mereka.

Mereka berdua memperoleh gambar lelaki itu menerusi rakaman CCTV kedai.

Menurut Milwaukee Journal Sentinel, lelaki memecah masuk kedai pasangan itu dan mencuri wang tunai.

Pasangan itu mencetak wajah lelaki tersebut di atas kertas khas yang dapat dimakan dan meletakkannya di tengah-tengah biskut mereka.

Mereka kemudian mengagih 100 biskut itu kepada orang ramai secara percuma dengan harapan orang ramai dapat membantu mengenal pasti suspek tersebut.

Foto lelaki itu turut dimuat naik di Facebook.

Dalam masa beberapa jam selepas mengeluarkan kenyataan itu, kedai Canfora Bakery mula menerima pelbagai respons netizen.

Seminggu kemudian pasangan itu mengemas kini status mereka di Facebook dan mengumumkan lelaki itu dikenali.

Menurut ARY news, Jabatan Polis Milwaukee juga mengesahkan lelaki berusia 45 tahun sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru