Friday, July 30, 2021

10 sekeluarga di Gaza maut dibantai roket Israel

Mesti baca

Petugas kesihatan di Gaza melaporkan lapan kanak-kanak dan dua wanita dari sebuah keluarga Abu Hatab terkorban dalam serangan pagi Sabtu Israel ke atas bangunan tiga tingkat di kem pelarian Shati yang runtuh.

Warga bernama Alghoul yang tinggal dekat lokasi serangan mengakui pesawat tempur Israel menjatuhkan tiga bom ke atas bangunan tersebut.

Hamas membalas serangan Israel berkenaan dengan menembak roket ke selatan Israel selatan.

Sebelum ini, warga Israel diketahui memasuki kompleks Masjid al-Aqsa untuk memperingati hari rampasan wilayah Baitulmuqaddis dalam Perang Enam Hari 1967 yang tidak diperakui antarabangsa.

Ratusan warga Palestin meraikan 10 malam akhir Ramadan sehingga berlaku halangan daripada pihak keselamatan Israel.

Situasi memanas membawa kepada serangan udara antara kedua-dua pihak mengorbankan 132 jiwa di pihak Palestin.

Secara Rawak

Artikel Terbaru