Tuesday, June 28, 2022

Enam buah rumah hangus dijilat api pagi tadi

Secara Rawak

KUCHING: Enam buah rumah di Jalan Tiong Hua di Sibu musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dengan kekuatan sembilan yang diketuai oleh Donny Sumping bergegas ke lokasi kejadian serta dibantu oleh BBP Sungai Merah dengan kekuatan 10 anggota.

Menurut Donny, kebakaran melibatkan enam buah rumah kediaman yang melibatkan satu blok rumah bertiang serta lantai bergantung (binaan lama) dan mempunyai enam pintu rumah berstruktur tidak kekal(kayu) telah terbakar 100 peratus.

“Semasa kebakaran semua penghuni rumah berjaya menyelamat diri dan selamat.

“Maklumat penghuni semua rumah sedang diambil kerana sesetengah penghuni telah berpindah ke rumah saudara terdekat dan menyukarkan pihak bomba mendapatkan maklumat penghuni rumah,” ujarnya.

Kebakaran seterusnya berjaya dikawal pada jam 5.38 pagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru