Tuesday, August 16, 2022

Awas, polis Sarawak pantau ziarah dari rumah ke rumah

Secara Rawak

KUCHING: Polis akan membuat rondaan selain ‘snap check’ sekatan jalan raya (SJR) di kawasan kampung dan perumahan pada sambutan Hari Raya hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata tindakan itu bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, khususnya bagi mengelak daripada berkumpul dan melakukan ziarah dari rumah ke rumah.

“Tindakan kompaun serta merta akan dikenakan bagi yang masih tidak mahu mematuhi SOP,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Justeru, Aidi menasihati orang ramai khususnya yang meraikan Hari Raya supaya mematuhi SOP demi keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

“Jaga diri dan jaga orang yang kita sayangi, jangan sampai kita menjadi penyebab kepada penularan Covid-19 ke atas keluarga dan sahabat handai kita,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru