Tuesday, June 28, 2022

Awang Tengah harap Aidilfitri dapat rapatkan semangat saling menghormati

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berharap agar rakyat akur kepada garis panduan ditetapkan bagi  membendung penularan Covid-19 di negeri ini.

Menurut beliau, kerjasama  semua dalam mematuhi semua SOP  ditetapkan amatlah perlu bagi membantu barisan hadapan  berjuang memutuskan rantaian perebakan Covid-19

Setakat semalam, negeri ini telah merekodkan 36,726 kes, termasuk 405 kes terbaharu.

“Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini masih seperti tahun lepas, kita masih lagi menghadapi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia, “ katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata demikian  ketika menyampaikan perutusan Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berharap sambutan Aidilfitri  tahun ini dapat terus mengukuhkan silaturahim dalam kalangan  keluarga, memupuk semangat saling menghormati dan kerjasama antara semua kaum.

Ujarnya, tradisi rumah terbuka masih tidak boleh diadakan tahun ini, umat Islam khasnya masih boleh merayakannya dengan ahli keluarga terdekat dan menggunakan platform media sosial untuk berhubung dengan keluarga yang jauh di perantauan.

“Saya yakin jika kita terus teguh bersama, wabak ini akan dapat dihapuskan dan insya-Allah ’ katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru