Sunday, June 13, 2021

Taib: Kerajaan sentiasa teruskan usaha transformasi luar bandar

Mesti baca

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk pembangunan negeri ini, amnya dan rakyat sarawak khasnya, kata Yang di-Pertua Negeri.

Oleh itu, kata Tun Abdul Taib Mahmud, kerajaan sentiasa meneruskan usaha-usaha transformasi kawasan luar bandar melalui penyediaan infrastruktur asas yang seperti jalan raya, bekalan air, elektrik, kemudahan kesihatan dan pendidikan.

“Kemudahan asas ini amat diperlukan untuk menarik aktiviti-aktiviti ekonomi seperti industri asas tani, perladangan komersial dan pelancongan,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut, esok.

Selain daripada itu, jelasnya, kerajaan juga telah merancangkan pembangunan beberapa buah pusat pertumbuhan desa  (RGC) sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan transformasi luar bandar.

Ujarnya, penyediaan kemudahan asas di setiap RGC amat diperlukan untuk menyokong aktiviti ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Langkah ini sudah tentu akan memberi impak yang positif kepada masyarakat tempatan dari segi peluang perniagaan dan pekerjaan. Saya yakin transformasi luar bandar akan merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar,” tambahnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru