Tuesday, June 22, 2021

Pandelela akui Datuk bukan jadi buruannya

Mesti baca

KUCHING: Gelaran ‘Datuk’ bukan matlamat utama beliau dalam dunia sukan, kata ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg.

Sebaliknya, kejayaan dan kerja keras dalam sukan sehingga meraih kejayaan di peringkat dunia kerana mjnat dalam sukan untuk memperbaiki rekod dan demi mengharumkan nama negeri di persada antarabangsa.

“Saya menerima seadanya, sama ada bonus atau insentif yang diberikan oleh kerajaan dan saya berasa amat berterima kasih untuk semua itu,” katanya.

“Ini termasuk bonus. Saya terima semua itu sebagai tanda kesyukuran dan diterima dengan hati terbuka, tanpa mengira jumlahnya,”  jelas beliau di sebalik segala kontroversi di media sosial tentang perlunya beliau dianugerahi gelaran Datuk atas pencapaian cemerlangnya itu.

Jelasnya, setiap orang menyimpan impian untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

Pandelela meraih pingat emas dalam 10 meter platform individu Kejohanan Terjun Piala Dunia Fina di Tokyo Rabu lalu.

Beberapa pihak mahu Kerajaan sarawak menganugerahi beliau gelaran itu.

Namun, Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berpendirian, masih terlalu awal untuk Pandelela yang berusia 28 itu untuk diberi gelaran tersebut.beliau pernah meraih pingat perak dalam temasya Olompik Rio 2016, dan pingat gangsa pada Olimpik London 2012 dalam acara terjunan 10 meter platform wanita.

Beliau berasal dari Kampung Jugan, Bau. Pada usia tujuh tahun Pandelela  telah dipilih menjadi perenang negeri.

Secara Rawak

Artikel Terbaru