Tuesday, June 22, 2021

Operasi pindah 46 penghuni Rumah Libau ke pusat kuarantin lancar

Mesti baca

NIAH: Operasi pemindahan 46 penghuni Rumah Libau yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 ke QC Hotel Emart Riam pada Isnin berjalan lancar.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri mengambil tindakan tersebut sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di kalangan rumah panjang berkenaan.

Sebanyak dua bas telah digunakan dalam operasi itu dan penghuni di Rumah Libau memberikan kerjasama yang baik sepanjang operasi pemindahan itu.

Sebelum ini, Rumah Libau telah dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan yang melibatkan 507 penduduk untuk tempoh 14 hari bermula 5 Mei hingga 19 Mei 2021.

Pada 8 Mei lepas, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri telah mengagihkan 232 bantuan makanan kepada penduduk rumah panjang mengikut jumlah pintu.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru