Tuesday, June 22, 2021

Lebih 159 juta dijangkiti, lebih 3.31 juta maut

Mesti baca

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 159,593,987 juta kes, berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Manakala 3,317,345 sudah menemui ajal dek virus maut itu.

Data terbaharu  Worldometers pada pagi Selasa menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.51 juta kes.

Ini diikuti India dengan 22.99 juta kes dan Brazil dengan lebih 15.21 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka lima juta kes ialah Perancis dan Turki, sementara Rusia,  Jerman, United Kingdom dan Itali melebihi empat  juta kes.

Sepanyol, Jerman, Argentina dan Colombia pula melebihi tiga juta kes.

Colombia, Poland, Iran dan Mexico mencatat lebih dua  juta kes.

Peru, Indonesia, Czechia,  Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chiel, Kanada,   Romania, Iraq, Filipina, Romanisa dan Belgium   negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Secara Rawak

Artikel Terbaru