Tuesday, June 22, 2021

Hospital Miri cari waris Juing Anak Jantai

Mesti baca

SELASA: Hospital Miri kini sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit lelaki berusia 60 tahun, dikenali dengan nama Juing Anak Jantai.

Merujuk kepada kad pengenalan beliau bernombor 611004- 13-XXXX, alamat yang tertera adalah di Desa Senadin.

Kawan pesakit telah membawa pesakit tersebut ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pesakit berkenaan telah datang tanpa ditemani oleh ahli keluarga dan tanpa sebarang dokumen.

Pesakit dimasukkan ke Wad Perubatan Lelaki, Hospital Miri sejak 12 April 2021. Sehingga kini, pihak hospital masih gagal mengesan waris pesakit.

Pesakit pada masa sekarang tidak dapat memberikan apa-apa maklumat berkaitan diri beliau disebabkan masalah kesihatan yang dihidapi.

Pesakit juga tidak mempunyai nombor telefon waris atau saudara terdekat bagi memaklumkan keadaannya.

Sehubungan itu, pihak Hospital Miri menyeru waris atau ahli keluarga pesakit untuk menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan di talian 085-460633 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat) atau terus pergi ke Wad Perubatan Lelaki, Hospital Miri dengan kadar segera.

Secara Rawak

Artikel Terbaru