Tuesday, June 22, 2021

Disangka botol susu lama, rupanya bom tangan

Mesti baca

HAMPSHIRE: Ketika menggali di halaman belakang rumahnya seorang lelaki menemui dua kotak kayu dan di dalamnya mengandungi botol lama yang menyerupai botol susu.

James Osborne menyangka ia botol susu lama yang dibuang pemilik terdahulu dan tanpa berfikir panjang mengeluarkan beberapa biji daripadanya dan meletakkannya di satu sudut.

Namun, beberapa saat kemudian dia mula perasaan botol-botol itu mula berasap.

Dia terus menghubungi polis yang datang bersama-sama pasukan bomba dengan lima ambulans, menurut ITV News.

Rupa-rupanya botol-botol itu ialah bom tangan yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua.

Kesemua 48 bom tangan yang ditemui Osborne itu diletupkan oleh unit pelupusan bom yang dikejar ke lokasi.

Menurut Daily Mail, bom tangan itu dipercayai diagihkan Pengawal Dalam Negeri kepada penduduk di kawasan itu semasa Perang Dunia Kedua bertujuan mempertahankan diri dari  pencerobohan Nazi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru