Tuesday, June 22, 2021

Dekati, selami keperluan rakyat – Rubiah Wang

Mesti baca

ASAJAYA: Para petugas parti dinasihatkan agar tidak hanya bekerja pada musim pilihan raya, sebaliknya sentiasa turun padang dengan mendekati dan menyelami isu dan keperluan komuniti setempat.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang berkata, ini kerana khidmat dan komitmen mereka diperlukan secara berterusan oleh masyarakat.

Semasa berucap dalam program Ziarah Ramadan di Kampung Sebandi Matang, Asajaya, beliau berkata lagi, banyak usaha pembangunan sedang dilaksanakan di Asajaya khususnya menaik taraf kemudahan sedia ada seperti jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik menerusi pelan tindakan yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak.

“Penglibatan pemimpin peringkat akar umbi dalam memantau serta mengikuti perkembangan terkini pembangunan di kawasan masing-masing adalah penting supaya matlamat dan tujuan projek pembangunan di kawasan tersebut dapat dicapai dengan sempurna,” katanya.

Terdahulu, Rubiah menyempurnakan pengagihan bubur lambuk dan bubur pedas kepada kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Sebandi Matang dan kawasan sekitarnya.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru