Tuesday, June 22, 2021

400 bungkusan bubur lambuk diagihkan di Kampung Haji Baki

Mesti baca

BATU KITANG: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak telah mengagihkan 400 bungkusan bubur lambuk kepada penduduk di Kampung Haji Baki.

Majlis pengagihan bubur lambuk tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang pada Ahad.

Menurut Lo, AADK dengan bantuan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Haji Baki telah menyediakan bubur lambuk dan ‘flyer’ program anti dadah untuk diedarkan kepada penduduk setempat.

“Motif dan objektif mengedar bubur lambuk dan ‘flyer’ ini adalah untuk mengingati masyarakat setempat untuk tidak mengambil  dadah kerana ia boleh memudaratkan diri dan komuniti,” ujarnya.

Turun hadir adalah wakil AADK Daerah Kuching Sharifah Azimah Said Ismail serta tetamu jemputan lain. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru