Tuesday, June 22, 2021

40 peserta program khatam al-Quran terima sumbangan 

Mesti baca

SEBUYAU: Seramai 40 orang murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tuanku Bagus Sebuyau dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau yang terlibat dalam program Khatam Al-Quran menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2021 pada Isnin.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebuyau merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Baharu Sebuyau, Abu Seman Suhaili mewakili Datuk Julaihi Narawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau.

Program anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Baharu Sebuyau itu turut menyampaikan sumbangan saguhati kepada Imam dan Bilal yang setiap hari mengikuti malam tarawih di situ.

Program itu merupakan inisiatif Jawatankuasa Pengurusan masjid Baharu Sebuyau untuk menggalakkan penglibatan pelajar untuk mempertingkatkan lagi bacaan al-Quran.

Program itu juga adalah untuk menghargai, mengiktiraf dan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan serta menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatamkan al-Quran.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru