Tuesday, June 22, 2021

30 keluarga dapat bantuan dan sumbangan YADIM Sarawak

Mesti baca

BAU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak telah menganjurkan program menghulur bantuan Ramadan dan Aidilfitri kepada 30 buah keluarga.

Penerima bantuan adalah terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang telah dipilih oleh ketua masyarakat bagi enam buah kampung iaitu Kampung Bunga Rampai, Kampung Lidah Tanah, Kampung Bukit Panchor, Kampung Batu Kitang, Kampung Batu Kitang Jaya dan Kampung Keranji.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang merangkap Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan, Lo Khere Chiang telah merasmikan dan menyempurnakan penyampaian bantuan tersebut di Dewan Serbaguna Kampung Bunga Rampai dengan disaksikan oleh Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) Kampung Melayu di kawasan Daerah Bau.

Bantuan yang diberikan berupa alat barangan dapur, bekalan makanan dan sedikit wang tunai supaya mereka dapat meraikan hari raya puasa yang menjelang tidak lama lagi. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru