Tuesday, June 22, 2021

Sarawak catatkan 649 kes, dua kematian hari ini

Mesti baca

KUCHING: Sarawak mencatatkan 649 kes baharu Covid-19 hari ini, dengan dua kematian.

Daripada jumlah tersebut, 397 kes dikesan di Sibu (120), Bintulu (82), Miri (79), Selangau (65), Pakan (51).

Manakala Kuching (49), Kapit (36), Kanowit (28), Betong (17), Beluru (17), Pusa (15), Subis (14) dan Belaga (13), Samarahan (12), Sebauh (10), Meradong (8), Song (5), Bau (4), Mukah (4), Tatau (4), Matu (4), Saratok (4), Sri Aman (3), Serian (1), Limbang (1), Lundu (1), Julau (1) dan Sarikei (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 35,809 kes,” kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, JPBN menyatakan daripada kesemua kes baharu yang dilaporkan, seramai 41 orang menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 576 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

Bagi kes kematian, JPBN berkata ia melibatkan wanita dan lelaki tempatan yang masing-masing mendapat rawatan di Hospital Sibu dan Hospital Kapit.

Katanya mangsa wanita meninggal dunia pada 7 Mei manakala mangsa lelaki pada 9 Mei.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada 209 orang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru