Tuesday, June 22, 2021

Pusat proses telur masin di Simunjan musnah dalam kebakaran

Mesti baca

SIMUNJAN: Sebuah pusat pemprosesan telur masin di Kampung Segali musnah secara menyeluruh akibat kebakaran semalam.

Insiden sekitar jam 10.43 malam itu menyebabkan rumah dua tingkat jenis tidak kekal terbakar 100 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak yang mengesahkan kejadian memaklumkan operasi memadam kebakaran mengalami kesukaran berikutan tiada pili air bomba terdekat ditemui.

“Sejurus tiba di lokasi, Pasukan operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan terpaksa menggunakan sumber air dari parit berhampiran untuk memadam kebakaran.

“Hasil pemeriksaan mendapati kebakaran meliputi kediaman berkeluasan 36×48 kaki persegi, di mana api menyebabkan rumah tersebut terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan susulan insiden,” kata kenyataan itu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru