Tuesday, June 22, 2021

Mangsa maut tertembak di Sibu, minta ubah suai gambar anak-beranak

Mesti baca

TEMERLOH: Desakan suami untuk memilih warna maroon atau merah manggis untuk tema raya tahun ini antara kelainan sikap ditunjukkan Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran yang ditemukan maut dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan di sebuah rumah sewa di Taman Permai, Sibu, Sarawak.

Menurut Sinar harian, isteri mangsa, Nor Fitrah Ramli, 25 memberitahu arwah suaminya beria-ria untuk memilih warna tersebut berbanding warna pilihannya, hijau.

“Saya pun rasa pelik tapi saya ikutkan kehendaknya yang telah memilih warna tersebut dan arwah suami juga sudah membeli semua keperluan untuk saya, anak menerusi pembelian atas talian.

“Oleh kerana kami tidak dapat beraya bersama-sama kerana arwah perlu bertugas, suami sendiri meminta saya mengubah suai gambar kami anak-beranak supaya gambarnya diletak bersama saya dan anak-anak,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Nor Fitrah berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di kediaman keluarga Norhalim di Felda Bukit Damar, Lanchang di sini pada Ahad.

Secara Rawak

Artikel Terbaru