Tuesday, June 22, 2021

Lampu minyak berusia 2,000 tahun  dijumpai

Mesti baca

Lampu minyak langka, lengkap dengan sumbu yang ditemukan ahli arkeologi di Kota Daud, Jerusalem minggu lalu dipercayai punya pasangannya — yang dijumpai di Budapest sembilan tahun lalu.

Para pengkaji dari Badan Purbakala Israel seperti dipetik The Times of Israel melaporkan, lampu itu dikatakan adalah dari era akhir abad pertama hingga abad kedua sebelum Masihi, dan pertama seumpamanya di Israel, dan satu daripada yang langka di dunia.

Menurut  tapak arkeologi Kota Daud, Jerrusale, selepas pengumuman penemuan itu, ahli arkeologi Hungary,  Dr. Gabor Lassanyi menyatakan beliau mungkin mempunyai satu bahagian daripada lampu berkenaan. Lampu yang ditemui di Jerusalem ialah bahagian  sebelah kiri manakala yang ditemui di Budapest ialah daripada  bahagian sebelah kanan.

Menurut  The Times of Israel, lokasi penemuan lampu minyak berada di Jalan Ziarah di Kota Daud, laluan yang biasa digunakan penduduk 2,000 tahun lalu untuk mengunjungi bangunan suci pemeluk Yahudi, Temple Mount, yang dalam kalangan  orang Islam dikenal dengan Haram al-Sharif.

“Persembahan berupa lampu minyak mungkin untuk menunjukkan pentingnya bangunan, yang mungkin punya kaitan dengan Kolam Siloam, sumber utama air bagi warga kota,” kata Dr Yuval Baruch dan Ari Levy dari badan purbakala Israel (IAA) melalui pernyataan bertulis seperti dipetik BBC.

“Ini ialah penemuan yang sangat unik, sejauh yang kami tahu, ini untuk pertama kalinya ditemukan lampu minyak [seperti ini] di Israel,” kata mereka.

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru