Tuesday, June 22, 2021

Jumlah katil rawatan ICU  hospital di Sarawak sudah berkurangan

Mesti baca

KUCHING: Situasi kritikal bagi penggunaan katil rawatan rapi (ICU) turut berlaku di hospital-hospital kerajaan di negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zhin Hing.

Menurut beliau, ia termasuk Hospital Umum Sarawak (HUS), Hospital Sarikei, Hospital Sibu, Hospital Bintulu dan Hospital Miri.

“Justeru, orang ramai diingatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dengan memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal, menjaga kebersihan tangan dan juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diarahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media berhubung situasi terkini penggunaan katil hospital dan katil rawatan rapi (ICU) di hospital kerajaan di negara ini pada 9 Mei lalu.

Dr Chin menambah, orang ramai turut digesa agar tidak melakukan sebarang aktiviti sosial terutama semasa musim perayaan dan juga majlis sosial yang lain.

Selain itu katanya, bagi individu yang bergelaja atau kontak kepada kes positif Covid-19 perlu mendapat rawatan dan saringan dengan segera.

“Tanpa kerjasama daripada orang ramai, kes Covid-19 di Sarawak akan terus meningkat hingga menyebabkan kapasiti rawatan rapi di hospital tidak dapat menampung pesakit yang memerlukan selain kadar kematian kes akan meningkat,” tegasnya. 

Secara Rawak

Artikel Terbaru