Tuesday, June 22, 2021

Covid-19 terus mengganas: 158.95  juta sudah dijangkiti, 3.30  juta terkorban

Mesti baca

Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 158,956,182.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih 3.30  juta manakala lebih 136.48  juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi  Isnin  menunjukkan  Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 33.47  juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 595,812 meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan.

Angka itu diikuti  India dengan lebih 22.66 juta kes  dan lebih 246, 146 kematian.

Brazil pula  lebih 15.18 juta kes  jangkitan dengan  lebih 422,418  kematian, kedua tertinggi di dunia.

Perancis di tangga keempat sudah merekodkan angka 5.77 juta dari segi jangkitan dengan 106, 392 kematian.

Turki telah mencatatkan lebih lima juta kes jangkitan.

Manakala  tiga negara  merekodkan lebih empat juta kes jangkitan, iaitu  Rusia, UK dan Itali manakala tiga negara merekodkan lebih tiga juta kes jangkitan, iaitu Sepanyol, Jerman, dan Argentina.

Empat negara sudah menjangkau dua  juga kes —  Poland, Iran, Mexico dan Ukraine.

Dua belas lagi negara merekodkan lebih sejuta kes termasuk Indonesia dan Filipina.

Secara Rawak

Artikel Terbaru