Tuesday, June 22, 2021

ADUN Lambir serah geran MRP

Mesti baca

MIRI: Sebanyak 22 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) yang terdiri daripada 13 buah JKKK dari Zon Subis dan 9 JKKK Kampung di Zon Miri di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP). 

Geran disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat dalam dua majlis berasingan di Dewan Kampung Keluru Tengah dan Pusat Khidmat ADUN Lambir pada Sabtu. 

Setiap JKKK menerima RM7,000 dengan RM5,000 untuk JKKK dan RM2,000 untuk Biro Wanita. 

Dalam ucapannya, Ripin mengingatkan semua wakil kampung supaya masukkan cek MRP ke akaun bank JKKK dengan secepat mungkin bagi mengelakkan kehilangan.

Turut diingatkan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan kesederhanaan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 di kampung dan surau. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru