Tuesday, June 22, 2021

34 nelayan setempat terima sumbangan Kasih Ramadan

Mesti baca

KUCHING: Seramai 34 orang nelayan dari Kampung Paya Mebi menerima sumbangan daripada Biro Sosial dan Kebajikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Paya Mebi, semalam.

berupa barangan keperluan itu disampaikan oleh Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan PBB Kampung Paya Mebi Shamsudin Unai di jeti Nelayan Darat Lubok Buaya, Kampung Paya Mebi di sini.

“Sumbangan ini adalah bagi membantu meringankan beban golongan nelayan di Kampung Paya Mebi sempena menyambut bulan ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini,” kata Shamsudin ketika ditemu-bual.

Menurutnya, para penerima sumbangan tersebut juga terdiri daripada ahli Persatuan Nelayan Darat Lubok Buaya, Kampung Paya Mebi.

Beliau menambah penyerahan sumbangan berkenaan merupakan program amal tahunan yang diadakan oleh Biro Sosial dan Kebajikan PBB Kampung Paya Mebi pada setiap kali bulan ramadan bagi meringankan beban golongan memerlukan dan kurang bernasib baik.

Secara Rawak

Artikel Terbaru