Tuesday, June 22, 2021

Kerana hutang, restoran dilempar lebih 1,000 lipas

Mesti baca

TAIPEI: Sebuah restoran di Taipei, Taiwan dilempar lebih 1,000 ekor lipas, dalam insiden yang menurut polis merupakan tindakan balas dendam yang dilakukan sebuah organisasi kriminal.

Rakaman CCTV yang diperolehi dari restoran itu menunjukkan dua lelaki berlari masuk ke restoran G House Taipei pada malam hari dan melempar lebih 1,000 lipas ke udara sebelum melarikan diri dari tempat kejadian, menurut laporan Ozenews.

Foto-foto menunjukkan sejumlah besar lipas itu berkeliaran di lantai restoran.

Pihak polis mengesyaki insiden tersebut kemungkinan merupakan dendam peribadi terhadap pemilik restoran, yang dikatakan berhutang dengan organisasi kriminal Bamboo Union.

Setakat ini empat lelaki dan dua wanita ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Selain dua lelaki yang melontar lipas itu, dua daripada mereka bertindak mengawasi keadaan sekeliling, manakala seorang lagi menjadi pemandu.

Setelah kejadian tersebut, G House Taipei mengumumkan restoran tersebut disanitasi sepenuhnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru