Tuesday, June 22, 2021

Sembilan langkah hadapi lonjakan kes Covid-19

Mesti baca

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggariskan sembilan langkah sebagai kesiapsiagaan hospital bagi menghadapi peningkatan mendadak kes Covid-19 khususnya kes begejala serius di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam surat edaran rasmi berkata, langkah tersebut digariskan ekoran terdapat peningkatan kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital KKM buat masa ini terutamanya pesakit dengan gejala serius yang memerlukan rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi (1CU).

“Kemasukan kes kritikal ke ICU meningkat sebanyak 44 peratus
berbanding tempoh dua minggu yang lalu di seluruh negara dan beberapa negeri
seperti Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak apabila menunjukkan kadar
peningkatan yang lebih tinggi.

“Setakat 6 Mei 2021, negara merekodkan kemasukan
sebanyak 500 kes ke ICU, iaitu jumlah yang tertinggi sejak pandemik ini
bermula,” katanya.

Tambah Noor Hisham sebanyak 22 hospital KKM mencatatkan kadar penggunaan katil ICU Covid-19 melebihi 70 peratus dan ada yang mencecah lebih 90 peratus.

“Beberapa hospital bukan Covid-19 juga terpaksa merawat pesakit Covid-19 yang
memerlukan bantuan alat pernafasan kerana pesakit ini tidak dapat dipindahkan ke
hospital Covid-19 akibat kesesakan ICU.

“Ada juga pesakit yang terpaksa diberi bantuan alat pernafasan di wad-wad biasa selain
berdepan dengan masalah anggota yang terpaksa dikuarantin, seterusnya
menyukarkan lagi usaha untuk meningkatkan kapasiti ICU di hospital masing-
masing,” jelasnya.

Katanya, langkah yang perlu diambil oleh semua negeri ialah pembedahan dan prosedur elektif ditangguhkan di hospital-hospital KKM.

“Penangguhan ini membolehkan lebih banyak katil hospital diagihkan untuk
pesakit Covid-19 termasuk katil ICU.

“Penangguhan ini juga bagi
membolehkan anggota-anggota dari semua bidang klinikal dimobilisasikan
bagi membantu perawatan Covid-19 termasuk di ICU,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Pengarah Kesihatan Negeri boleh menentukan untuk melaksanakan semula pembedahan dan
prosedur elektif secara berperingkat.

“Katil-katil hospital di hospital hybrid Covid-19 perlu dioptimakan penggunaannya.

“Buat masa ini, secara purata, hospital-hospital hybrid
Covid-19 mengagihkan 21 peratus daripada jumlah keseluruhan katil hospital untuk
pesakit Covid-19.

“Dalam keadaan hospital berdepan dengan peningkatan
kes dengan gejala yang serius, lebih banyak katil perlu diagihkan untuk
pesakit Covid -19,” ujarnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru