Tuesday, June 22, 2021

Segerakan RCI siasat pendedahan bekas IGP, bekas Peguam Negara

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  Presiden Umno  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan ketepatan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia  untuk mendesak kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) terhadap pendedahan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Pendedahan kedua-dua bekas ketua yang pernah mengetuai dua organisasi penting kerajaan adalah amat serius terutamanya melibatkan campur tangan politik dan rasuah dalam institusi-institusi yang menjadi benteng mempertahankan Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Keselamatan Negara,”katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga akan meminta menteri-menteri yang mewakili Umno untuk membawa saranan ini kepada kerajaan agar tindakan segera dapat dilakukan.

“Penubuhan RCI bagi tujuan di atas boleh disekalikan dan harus disegerakan untuk memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap insitusi dan sistem yang membentengi Kedaulatan Undang-undang dan Keselamatan Negara,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru