Tuesday, June 22, 2021

Sebanyak 600 calitan Covid-19 setiap hari

Mesti baca

MIRI: Pusat Sehenti Calitan Covid-19 Stadium Tertutup Miri mempunyai kapasiti untuk menjalankan sebanyak 600 ujian calitan RT-PCR COVID-19 dalam tempoh sehari.

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata, Stadium Miri itu dijadikan Pusat Sehenti sejak 2 Ogos 2020. Ia bagi tujuan pengeluaran perintah kuarantin, pemakaian gelang, pelaksanaan calitan, pengeluaran arahan kuarantin serta pemotongan gelang.

“Pusat sehenti ini dikhususkan untuk tiga kategori pengambilan ujian calitan membabitkan individu yang melalui janji temu dengan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri iaitu individu yang merupakan kenalan rapat kepada kes positif dan individu yang memerlukan pengawasan,” katanya semasa mengadakan di Stadium Miri pada Khamis.

Menteri Pengangkutan Sarawak itu berkata, ia juga bagi kategori individu yang pernah di dalam lokaliti yang terdedah kes positif seperti dalam kenyataan harian JPBNS serta individu yang ingin membuat ujian calitan.

Selain itu, kategori ketiga ialah individu yang perlu mendapatkan keputusan ujian calitan untuk meneruskan perjalanan ke Limbang atau Bintulu. “Pusat sehenti ini mempunyai kapasiti sebanyak 600 calitan sehari,” jelasnya.

Kim Shin berkata bagi melancarkan operasi di pusat itu, janji temu pengambilan calitan secara berjadual diaturkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri. “Ramai yang datang untuk menjalani ujian pada hari ini membawa ahli keluarga malah ada yang datang dengan berkerusi roda,” katanya.

Bagi tujuan keselesaan dan keselamatan orang ramai, beliau meminta JPBB Miri menyediakan laluan kerusi roda, meletakkan laluan pejalan kaki sementara serta membaiki keadaan jalan yang tidak rata di laluan masuk utama pusat itu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru